Blog Archive

♥bencana alam♥


بسم الله الرحمن الرحي ♥



Lebih 1,000 mati gempa bumi, tsunami Jepun

TERKINI @ 12:38:32 PM 12-03-2011
March 12, 2011
Rumah-rumah di Kesen Numa, Miyagi yang dilarikan tsunami semalam. — Foto Reuters
TOKYO, 12 Mac — Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.
Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.
Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.
Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.
Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.
“Saya ingat saya akan mati,” kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.
“Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh,” katanya.
Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan “tolong” dan “bila kami akan diselamatkan,” lapor Kyodo lagi.
Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.
Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.
Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.
Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.
Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters.

*ya Allah,kau selamatkan kedua ibu pada muhd thaqif asyraf yang sekarang berada di Taiwan dan segelintir rakyat Malaysia yang berada di Jepun.. semoga bencana mu itu,jauh dari mereka.. dan kami di sini berdoa supaya mereka berada dalam keadaan yang selamat.. aminnn.. 
sayang,i dan keluarga di sini akan sentiasa doakan keselamatan parents you kat sana. ape3 pun,kita doa yang terbaek.. insyaAllah akan selamat. 

TSUNAMI JEPUN: AMARAN BERJAGA-JAGA DI LABUAn


Penduduk di Labuan telah diminta untuk berwaspada dari pukul 6 petang tadi sehingga tengah malam ini berikutan dengan bencana tsunami yang melanda Jepun petang tadi.
Arahan berjaga-jaga tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi.
Setakat jam 9.30 malam tadi tiada sebarang amaran baru yang di keluarkan oleh pihak berkuasa tempatan mengenai ancaman tsunami kepada penduduk sepanjang pesisir pantai pulau Labuan ini.
Komunitikini yang telah melakukan tinjauan awal petang tadi mendapati tiada sebarang tanda amaran dikeluarkan atau dipaparkan di kawasan pesisir pantai sekitar pulau Labuan.
Malah, keadaan Laut Cina Selatan yang mengelilingi Labuan juga didapati tenang tanpa sebarang gelora besar.
Seorang penduduk tempatan yang tinggal di pesisir pantai, Tuan Hj. Ibrahim, menyatakan setakat ini tiada sebarang maklumat ataupun arahan mengenai ancaman ombak besar ataupun air pasang tinggi melebihi paras normal dari pihak berkuasa.
Maklumat yang diperolehi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan setakat ini, hanyalah arahan untuk bersiap sedia menghadapi sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Setakat ini iada maklumat baru yang diperolehi dari pihak berkuasa lain.
Satu gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter telah melanda Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang kira-kira 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.
Walaubagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan untuk Malaysia.

Antara gambar-gambar bencana tsunami di Jepun




kita sebagai rakyat malaysia,perlu mendoakan yang terbaek untuk mereka di sana.. even,kita berlainan agama bangsa dan negara. mungkin semua ini hikmah dari ALLAH SWT dan ujian kepada hambanya.. kita di sini,perlu bersama-sama memohon petunjuk dan doa. semoga mereka selamat. aminnnn. 
p/s : info terbaru akan dinyatakan. :)